Archive for the ‘sejarah’

SEJARAH HABBATUS SAUDA’08.11.09

Sejak bila Habbatus Sauda’ digunakan sebagai ubat dan penawar tidak dapat diketahui dengan tepat. Ini adalah kerana ia telah sangat lama digunakan semenjak zaman awal permulaan tamaddun lagi. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan ia telah mencapai kemasyhuran semenjak tamaddun awal sejarah manusia lagi.

Rujukan bertulis paling awal yang ada ialah dalam kitab Taurat Perjanjian Lama (The
Old Testament – Isaiah 28).

Di dalam nya ada tertulis mengenai cara-cara penuaianHabbatus Sauda’:for the black cumin is not threshed with a threshing sledge,nor is a cart wheel rolled over the cumin,but the black cumin is beaten out with a stick,and the cumin with a rod.(Isaiah 28:25,27 NKJV New King James Version).

Oleh itu boleh disimpulkan bahawa kaum Bani Israel telah lama mengetahui tentang khasiat dan kegunaan Habbatus Sauda’. Kepentingan Habbatus Sauda’ jelas apabila ia telah dijadikan tanaman pertanian pada zaman mereka lagi.
Malah lebih awal dari zaman Bani Israel ialah Tamaddun Mesir dan Yunani Purba yang telah mengetahui kehebatan dan khasiatnya sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Pada zaman purba itu, raja-raja Yunani dikubur bersama dengan Habbatus Sauda’, kerana
ia boleh berfungsi mengawetkan mayat. Raja-raja pada masa itu pasti sangat berhati-hati
dalam menggunakan tanaman dan herba yang terbaik sebagai ubat.

KHAZANAH KUBUR FIR’AUN
Pada tahun 1922, satu kegemparan besar telah berlaku di Mesir.Howard Carter seorang
ahli arkeologi dan Lord Carnavon, seorang Bangsawan Inggeris telah menemukan kubur

Fir’aun muda Tutankhamen. Mereka telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk
mencari kubur ini. Kubur ini unik dalam sejarah Egyptology kerana ia satu-satunya kubur
yang dijumpai yang belum terusik oleh pencuri-pencuri harta karun.

Semenjak 3000 tahun dahulu, generasi demi generasi pencuri-pencuri harta karun telah
membongkar kubur-kubur Fir’aun untuk mendapatkan harta yang sangat banyak seperti
emas dan berlian.

Dalam kubur Tutankhamun yang belum terusik ini telah ditemui Habbatus Sauda’. Ini
menunjukkan herba ini memiliki peranan sangat penting dalam kehidupan Mesir Kuno.

Ahli Agama zaman Fir’aun mempercayai apabila seorang Fir’aun mati maka ia memulakan perjalanan dalam alam akhirat di mana ia memerlukan bekalan-bekalan harta, peralatan dan ubat yang terbaik sesuai dengan statusnya seorang Raja besar. Malah ada Fir’aun yang disembah sebagai tuhan. Pemilihan Habbatus Sauda’ menunjukkan status herba itu sendiri di zamanFir’aun. Ahli-ahli Perubatan Fir’aun sudah mengenal khasiat Habbatus Sauda’ semenjak 4000 tahun dulu.

Mengikut catatan sejarah mereka menggunakannya untuk mengubati berbagai masalah kesihatan termasuk gangguan dalam sistem pencernaan/penghadaman. LEBIH BERNILAI DARI EMAS PERMATA,

SIMPANAN DI MUZIUM KAHIRAH. Hari ini jika kita melawat Muzium di Kahirah, kita masih boleh menyaksikan bekasminyak Habbatus Sauda’ yang dijumpai dalam kubur Fir’aun muda Tutankhamen. Ini adalah bukti kehebatan Habbatus Sauda’ yang boleh bertahan selama 3000 tahun tanpa rosak dan binasa.
Pakar-pakar perubatan moden juga dimasa ini berminat untuk mengkaji kaedah perubatan
zaman Fir’aun ini. Mengikut kajian-kajian awal, sistem perubatan mereka mempunyai
banyak persamaan dengan sistem perubatan moden. Memang benar, khazanah herba
tinggalan yang lebih bernilai dari emas.

PENGASAS PERUBATAN MODEN HIPPOCRATES
Hippocrates, Ahli Perubatan Yunani Kuno, yang dianggap sebagai pengasas perubatan
moden masakini. Dia telah menggariskan kaedah dan prinsip yang masih lagi
digunapakai oleh perubatan moden masakini begitulah sumbangan besar tokoh ini. Hari
ini setiap doktor mestilah mengangkat sumpah Hippocrates, sebelum dapat mengamalkan
perubatan (medical practice). Hippocrates menyarankan penggunaaan Habbatus Sauda’
untuk mengembalikan kecergasan, tenaga dan kesegaran serta mengatasi kelelahan tubuh
dan mental.

PRESKRIPSI DIOSCORIDES
Dioscorides, seorang ahli perubatan Yunani di abad ke satu sebelum masihi, melaporkan
bahwa habbatu Sauda’ digunakan untuk mengubati Sakit Kepala, Hidung tersumbat, sakit
gigi, dan lain-lain penyakit dalaman. Pada zaman nya juga ia juga digunakan untuk
membantu masalah menstruasi/haidh dan meningkatkan produksi Air Susu Ibu.

SARANAN JALINUS (GALEN)
Seorang ahli perubatan Yunani Kuno, Galen (130-201 Masihi -
Jalinus) telah menggunakan Habbatus Sauda’ dalam perubatannya.
Galen adalah juga Tabib Peribadi (personal physician) kepada Maharaja Rome yang
terunggul yang memerintah pada zaman kemuncak keagungan Empayar Rome iaitu
Maharaja Marcus Aurelius. Marcus Aurelius ialah seorang Maharaja yang bijaksana dan
juga seorang ahli falsafah yang pintar dalam aliran stoicism.

Di kalangan masyarakat Arab sistem perubatan Galen atau panggilan Arabnya Jalinus,
adalah sangat masyhur sehingga ada yang menganggap Jalinus itu orang Arab.

CLEOPATRA RATU JELITA ZAMAN PURBA
Cleopatra, Ratu Mesir di zaman Mark Anthony yang dikatakan mempunyai wajah yang
sangat jelita, merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak
Habbatus Sauda’ dalam susu untuk mandi.

Begitu juga dengan Ratu Nefertiti yang diketahui menggunakan Habbatus Sauda’ untuk
merawat kecantikan. Nefertiti juga terkenal sebagai seorang ratu yang sangat cantik serta
anggun. Patung ukiran wajah nefertiti masih lagi wujud tersimpan dalam Muzium
Kahirah.

PERUBATAN KENABIAN
Secara ringkas perubatan kenabian ialah kaedah perubatan atau saranan perubatan yang
bersumber dari al-Qur’an al-Karim dan al-Hadith al-Sharif. Melalui kedua-dua sumber ini
alim ulama dan ahli perubatan Islam sejak zaman salaf dahulu telah memformulasikan
satu kaedah perubatan kombinasi iman, amal, ruqyah dan bahan-bahan alam sekitar yang
wujud pada zaman Rasulullah .

Satu contoh ialah mengenai madu, yang disebut di dalam al-Qur’an dalam surah al-Nahli
mempunyai penawar bagi manusia. Hanya saja yang tidak disebut ialah bagaimana
caranya, kaedah penggunaannya, dan jenis-jenis madu itu sendiri yang menjadi penawar
atau ubat yang berkesan. Selepas mengetahui mengenai ayat ini, maka menjadi
tanggungjawab ahli perubatan Islam untuk mengkaji dan menggali rahsia ini dan
seterusnya menyebarkannya di kalangan manusia.

Para alim ulama teleh mengumpulkan kaedah perubatan berdasarkan al-Qur’an dan
Hadith ini dalam kitab-kitab yang dipanggil al-Tibb al-Nabawiyah. Antara ulama yang
menulis mengenai perubatan kenabian ini ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti dan ‘allamah
ibnu al-Qayyim.

Khasiat penawar dalam Habbatus Sauda’ telah disebut dalam banyak hadith sahih dan
kitab himpunan hadith yang lain. Berdasarkan maksud-maksud hadith yang sahih ini,
para alim-ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan
Kenabian. Ibnul Qayyim dilapurkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang
boleh dirawat dengan Habbatus Sauda’.

Pada zaman Rasulullah S.A.W. para sahabat Nabi didapati telah menggunakannya
sebagai ubat berbagai jenis penyakit. Ini sesuai dengan hadith yang telah diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dari Siti ‘Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya HabbatusSauda’ ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian”.
Berikut adalah senarai maksud hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda’:

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat penawar segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no.
1819.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Hendaklah kamu menggunakan Habbatus Sauda’ karena sesungguhnya padanya terdapat
penyembuhan bagi segala penyakit kecuali kematian”
( Hadith Riwayat Abu Salamah dari Abu Hurairah RA )
Hadith Bukhari meriwayatkan dari Aisyah RA bahwa ia pernah mendengar Nabi
bersabda: ” sungguh dalam Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit,
kecuali al-Sam, “saya bertanya apakah al-Sam itu? Baginda menjawab, kematian.
( Sahih Bukhari 5687 )

Dalam Hadith Muslim juga disebutkan: “Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam
Habbatus Sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
( Sahih Muslim 2215 )

Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukanlah saranan
berdasarkan kajian sains atau empirical studies. Walaupun begitu, telah dapat dibuktikan
bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia
ada dalam setiap zaman. Kemajuan dalam kajian sains juga telah membuktikan
kebenaran dan kehebatan perubatan kenabian ini, khusus nya Habbatus Sauda’.

Dalam bab-bab seterusnya dalam buku ini, maklumat-maklumat saintifik mengenai
bahan-bahan dalam Habbatus Sauda’, dan analisis kandungannya akan dibentangkan bagi
menyokong kebenaran Hadith mengenai rahsia perubatan Habbatus Sauda’.

KANUN PERUBATAN IBN SINA
Ibnu Sina ( 980 – 1037 ), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of
Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan
Habbatus Sauda’ merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan
semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang
dipelopori oleh Hippocates, malam dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.

Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi)
mengatakan bahawa Habbatus Sauda’ adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga
badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta
memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem
pernafasan”.

Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatus Sauda’ merupakan penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati masalah sistem penghadaman dan masalah hati (liver hepatic) yang dianggap pada masa itu disebabkan oleh ketidakseimbangan humor. Humor adalah 4 unsur yang menjadi asas kepada prinsip perubatan yunani kuno ( 4 unsur darah, kahak, cecair hempedu kuning, dan cecair hempedu hitam). Ini ialah prinsip asas perubatan  Hippocrates yang dikatakan bapa perubatan moden itu.

Walau bagaimana pun prinsip ini telah dibuktikan kesilapan dan kesalahannya oleh sains perubatan moden. Antara prinsip yang masih digunapakai hingga kini ialah kaedah clinical diagnosis (pemeriksaan tandatanda
dan symptom untuk mencari punca dan sebab penyakit) dan perawatannya.

Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya “The Canon of Medicine”, yang dianggap banyak orang sebagai buku paling terkenal di dunia perubatan, baik di Timur atau di Barat, menyatakan Habbatus Sauda’ bermenfaat “meransang tenaga dalam badan dan membantu penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat”.

ALBIRUNI PAKAR KETIMURAN (ORIENTALIST) ZAMAN PERTENGAHAN
Al Biruni (973-1048), Seorang Pengkaji Tamaddun Cina dan India, telah menyebutkan
bahwa Habbatus Sauda’ telah dipakai oleh orang-orang Cina dan India sebagai bahan
nutrition/pemakanan sejak abad 10. Al-Biruni menegaskan bahawa Habbatus Sauda’
digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.

ULAMA DAN ‘ALLAMAH
Ibnu Qayyim, seorang ulama yang masyhur anak murid kepada Ibnu Taimiyyah, dan
pengarang al-Tibb al-Nabawi (       ) menulis bahawa Habbatus Sauda’ dapat
membantu memulihkan penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, cacing,
masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah aliran air liur dan
sebagainya. Ibnu Qayyim juga menyenaraikan banyak penyakit-penyakit serta kaedah
rawatannya dengan menggunakan Habbatus Sauda’.

Berikut adalah senarai penyakit yang boleh dirawati oleh Habbatus Sauda’ menurut Ibn
Qayyim:
-Kembung – flatulence
-Demam kahak – phlegmy fever
- menghancur gas/angin dalam perut
- menghancur lembapan (moisture)
-menghancur batu karang ginjal
- mengeluarkan air dalam badan – diuretic
- melancarkan haidh
- menambah susu ibu
- mengeluarkan cacing – helminth
- selsema
- buasir
- Semput
- sakit gigi
- mata berair
- kulit berkudis – skin ulcers
- acute mucus tumor

stroke muka – facial paralysis
- gigitan labah-labah
- selsema dengan bersin teruk
- kudis kaki
- kusta
- kulit yang jadi hitam – pigmentation
- kelemumur
- gigitan anjing gila – rabid dogs
- hydrophobia
- tetanus
- serangga/nyamuk

Posted in sejarahwith 54 Comments →

  • You Avatar